M-Update https://m-update.com/ Variety of news from all dimensions. Mon, 16 Mar 2026 03:04:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 https://m-update.com/wp-content/uploads/2019/01/cropped-Mupdate-logo1-1-32x32.png M-Update https://m-update.com/ 32 32 KPM Teliti PdPR, Keputusan Libatkan Warga Pendidik, Ibu Bapa & Murid https://m-update.com/2026/03/16/kpm-teliti-pdpr-keputusan-libatkan-warga-pendidik-ibu-bapa-murid/ Mon, 16 Mar 2026 03:04:02 +0000 https://m-update.com/?p=37108 M Update, 16/03/2026 – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan kajian menyeluruh terhadap pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan sebarang keputusan yang dibuat mengambil kira kepentingan warga pendidik, ibu bapa serta murid. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, menegaskan bahawa KPM komited memastikan keputusan yang bakal diumumkan tidak menjejaskan proses pembelajaran murid, supaya […]

The post KPM Teliti PdPR, Keputusan Libatkan Warga Pendidik, Ibu Bapa & Murid appeared first on M-Update.

]]>
Foto Hiasan

M Update, 16/03/2026 – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan kajian menyeluruh terhadap pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan sebarang keputusan yang dibuat mengambil kira kepentingan warga pendidik, ibu bapa serta murid.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, menegaskan bahawa KPM komited memastikan keputusan yang bakal diumumkan tidak menjejaskan proses pembelajaran murid, supaya sesi pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

“Bagi pihak KPM, kami akan memastikan keputusan yang dibuat memberi manfaat kepada warga pendidik, ibu bapa dan pelajar. Namun, semua pihak perlu menunggu pengumuman rasmi daripada Kabinet mengenai pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR), yang dijangka dibuat minggu hadapan, sebelum sebarang ulasan lanjut boleh diberikan,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad memaklumkan KPM akan mengadakan perbincangan khusus minggu depan bagi memperhalusi mekanisme BDR termasuk PdPR dalam kalangan pelajar sekolah serta penjawat awam kementerian itu, sekiranya dasar berkenaan diputuskan untuk dilaksanakan kerajaan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, menjelaskan bahawa pengaturan kerja fleksibel termasuk BDR merupakan langkah penting untuk memastikan operasi kerajaan dapat diteruskan walaupun fenghadapi situasi tidak menentu akibat konflik geopolitik, bencana atau krisis kesihatan awam.

Ketegangan di Asia Barat semakin meningkat sejak 28 Februari lalu berikutan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara-negara Teluk.

Sumber: BH

The post KPM Teliti PdPR, Keputusan Libatkan Warga Pendidik, Ibu Bapa & Murid appeared first on M-Update.

]]>
PLKN 3.0 Siri 2/2026 Dibuka, Pelatih Boleh Semak Status Hari Ini https://m-update.com/2026/03/16/plkn-3-0-siri-2-2026-dibuka-pelatih-boleh-semak-status-hari-ini/ Mon, 16 Mar 2026 01:59:41 +0000 https://m-update.com/?p=37104 M Update, 16/03/2026 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) meningkatkan kuota pengambilan pelatih bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2026 yang dijadual berlangsung selama 45 hari bermula 25 April hingga 8 Jun depan. Langkah itu dibuat susulan penggunaan Kem MALBATT Village di Port Dickson, Negeri Sembilan, yang mampu menempatkan sehingga 600 pelatih, selain […]

The post PLKN 3.0 Siri 2/2026 Dibuka, Pelatih Boleh Semak Status Hari Ini appeared first on M-Update.

]]>
Foto: FB PLKN

M Update, 16/03/2026 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) meningkatkan kuota pengambilan pelatih bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2026 yang dijadual berlangsung selama 45 hari bermula 25 April hingga 8 Jun depan.

Langkah itu dibuat susulan penggunaan Kem MALBATT Village di Port Dickson, Negeri Sembilan, yang mampu menempatkan sehingga 600 pelatih, selain dua kem sedia ada iaitu Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur serta Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Ya’cob Samiran, berkata pelatih yang lahir pada tahun 2008 boleh membuat semakan tawaran melalui Sistem ePLKN 3.0 bermula jam 1 tengah hari esok.

Menurutnya, pelatih yang menerima tawaran perlu membuat pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 3 April ini.

Pembukaan kem baharu bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bergantung kepada ketersediaan fasiliti dan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), bagi Siri 2/2026, penggunaan Kem MALBATT Village di Port Dickson sebagai fasiliti sementara akan menempatkan 600 pelatih, terdiri daripada 350 lelaki dan 250 wanita.

Walaupun pelatih lelaki dan wanita berada dalam kawasan kem yang sama, pelaksanaan latihan tetap mengekalkan pengasingan sepenuhnya mengikut kompeni, termasuk dari segi tempat penginapan, aktiviti latihan dan pergerakan harian sepanjang program.

JLKN turut memberi jaminan bahawa aspek keselamatan, keselesaan dan kebajikan pelatih sentiasa menjadi keutamaan sepanjang tempoh latihan selama 45 hari.

Penambahan kuota ini juga memberi peluang kepada lebih ramai belia menyertai PLKN 3.0, sekali gus memperkukuh usaha kerajaan dalam membentuk generasi muda yang berjati diri, patriotik, bersatu padu serta memiliki semangat kesukarelawanan yang tinggi.

The post PLKN 3.0 Siri 2/2026 Dibuka, Pelatih Boleh Semak Status Hari Ini appeared first on M-Update.

]]>
Operasi Evakuasi Berjaya: 179 Rakyat Malaysia Dari Qatar Selamat Pulang https://m-update.com/2026/03/12/operasi-evakuasi-berjaya-179-rakyat-malaysia-dari-qatar-selamat-pulang/ Thu, 12 Mar 2026 03:17:22 +0000 https://m-update.com/?p=37098 M Update, 12/03/2026 – Seramai 179 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air dari Doha, Qatar tengah malam tadi menerusi Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat. Mereka dibawa pulang menggunakan penerbangan Qatar Airways QR852, iaitu penerbangan pertama laluan Doha–Kuala Lumpur selepas ruang udara ditutup pada 28 Februari lalu. Kumpulan itu termasuk 59 […]

The post Operasi Evakuasi Berjaya: 179 Rakyat Malaysia Dari Qatar Selamat Pulang appeared first on M-Update.

]]>
Antara 163 rakyat Malaysia daripada 170 penumpang yang selamat tiba di tanah air dari Jeddah, Arab Saudi. Foto: Bernama

M Update, 12/03/2026 – Seramai 179 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air dari Doha, Qatar tengah malam tadi menerusi Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat.

Mereka dibawa pulang menggunakan penerbangan Qatar Airways QR852, iaitu penerbangan pertama laluan Doha–Kuala Lumpur selepas ruang udara ditutup pada 28 Februari lalu. Kumpulan itu termasuk 59 rakyat Malaysia yang terkandas serta rakyat Malaysia yang menetap di Qatar yang membeli tiket penerbangan sendiri.

Penerbangan berkenaan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.46 tengah malam, menurut semakan portal penjejakan penerbangan. Turut berada dalam penerbangan itu ialah beberapa warga asing termasuk dari Filipina dan Australia yang akan meneruskan perjalanan ke negara masing-masing.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia turut melaksanakan operasi evakuasi pertama menggunakan penerbangan khas Malaysia Airlines, yang membawa pulang 170 individu dari beberapa negara Asia Barat.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), mereka terdiri daripada 133 rakyat Malaysia dari Jeddah dan Madinah, selain yang dipindahkan dari Qatar (34), Syria (2) dan Jordan (1). Penerbangan itu juga membawa beberapa warga asing yang merupakan ahli keluarga kepada rakyat Malaysia.

Operasi evakuasi tersebut diselaraskan oleh MKN dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri serta perwakilan Malaysia di Jeddah, Doha dan Amman.

The post Operasi Evakuasi Berjaya: 179 Rakyat Malaysia Dari Qatar Selamat Pulang appeared first on M-Update.

]]>
Kebakaran Bukit Di Puncak Jalil Dipadam Sepenuhnya https://m-update.com/2026/03/12/kebakaran-bukit-di-puncak-jalil-dipadam-sepenuhnya/ Thu, 12 Mar 2026 02:16:11 +0000 https://m-update.com/?p=37095 M Update, 12/03/2026 – Kebakaran hutan bukit di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan yang sebelum ini dilaporkan melibatkan hampir satu hektar kawasan berjaya dipadam sepenuhnya pada awal pagi Khamis. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi pemadaman ditamatkan pada 3.48 pagi selepas api berjaya dikawal sepenuhnya. […]

The post Kebakaran Bukit Di Puncak Jalil Dipadam Sepenuhnya appeared first on M-Update.

]]>
Foto: Ihsan Orang Awam

M Update, 12/03/2026 – Kebakaran hutan bukit di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan yang sebelum ini dilaporkan melibatkan hampir satu hektar kawasan berjaya dipadam sepenuhnya pada awal pagi Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi pemadaman ditamatkan pada 3.48 pagi selepas api berjaya dikawal sepenuhnya.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.12 petang Rabu, sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian.

Pada peringkat awal, kebakaran berhampiran Plaza Tol Putrajaya di Lebuhraya KL–Putrajaya (MEX) dianggarkan melibatkan sekitar dua ekar kawasan. Bagaimanapun, api terus merebak sepanjang operasi pemadaman sehingga keluasan keseluruhan mencecah kira-kira 37 ekar.

Operasi pemadaman turut melibatkan anggota dari BBP Cyberjaya, Puchong, Jalan Penchala dan Subang Jaya. Kerja memadam api dilakukan menggunakan beberapa aliran hos, pancutan pam jentera serta peralatan pemukul api bagi menghalang kebakaran daripada terus merebak.

Operasi juga dibahagikan kepada enam sektor utama bagi memudahkan kawalan di kawasan berbukit yang sukar diakses, selain penggunaan dron untuk pemantauan dari udara.

Seramai 27 anggota bomba terbabit dalam operasi tersebut dan tiada mangsa atau kerosakan struktur dilaporkan. Pihak JBPM Selangor memaklumkan pemantauan susulan akan diteruskan bagi memastikan tiada sisa kebakaran yang boleh mencetuskan api semula.

The post Kebakaran Bukit Di Puncak Jalil Dipadam Sepenuhnya appeared first on M-Update.

]]>
Pesawat Khas Bawa Pulang 164 Rakyat Malaysia Dari Zon Konflik Asia Barat https://m-update.com/2026/03/11/pesawat-khas-bawa-pulang-164-rakyat-malaysia-dari-zon-konflik-asia-barat/ Wed, 11 Mar 2026 02:19:11 +0000 https://m-update.com/?p=37091 M Update, 11/03/2026 – Seramai 164 rakyat Malaysia yang terkandas di zon konflik Asia Barat dijadualkan tiba di tanah air pada Rabu melalui operasi evakuasi rakyat Malaysia yang diselaraskan kerajaan. Turut bersama dalam penerbangan itu ialah lima warga Thailand, yang merupakan ahli keluarga kepada rakyat Malaysia, serta seorang warga Indonesia, menjadikan jumlah keseluruhan 170 penumpang. […]

The post Pesawat Khas Bawa Pulang 164 Rakyat Malaysia Dari Zon Konflik Asia Barat appeared first on M-Update.

]]>
Foto: Bernama

M Update, 11/03/2026 – Seramai 164 rakyat Malaysia yang terkandas di zon konflik Asia Barat dijadualkan tiba di tanah air pada Rabu melalui operasi evakuasi rakyat Malaysia yang diselaraskan kerajaan.

Turut bersama dalam penerbangan itu ialah lima warga Thailand, yang merupakan ahli keluarga kepada rakyat Malaysia, serta seorang warga Indonesia, menjadikan jumlah keseluruhan 170 penumpang.

Kesemua mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11 pagi menaiki pesawat sewaan khas Malaysia Airlines.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Krisis Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Fauzan Amin Misnon, berkata mereka dibawa pulang dari Arab Saudi (Jeddah), Syria, Jordan dan Qatar (Doha) hasil kerjasama rapat dengan perwakilan diplomatik Malaysia.

Menurutnya, semua penumpang pulang secara sukarela selepas mendaftar melalui sistem dalam talian yang disediakan oleh Kementerian Luar Negeri (KLN).

Beliau berkata keadaan semua penumpang adalah stabil, namun dua individu memerlukan perhatian perubatan susulan masalah kesihatan.

Operasi itu dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di kawasan konflik sentiasa terjamin.

Sumber: Bernama/Berita RTM

The post Pesawat Khas Bawa Pulang 164 Rakyat Malaysia Dari Zon Konflik Asia Barat appeared first on M-Update.

]]>
Anwar Dijangka Umum Lagi Berita Baik Untuk Rakyat Menjelang Aidilfitri https://m-update.com/2026/03/10/anwar-dijangka-umum-lagi-berita-baik-untuk-rakyat-menjelang-aidilfitri/ Tue, 10 Mar 2026 03:09:45 +0000 https://m-update.com/?p=37088 M Update, 10/03/2026 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka akan mengumumkan beberapa lagi inisiatif atau berita baik kepada rakyat menjelang sambutan Aidilfitri. Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, pada pagi semalam Perdana Menteri telah pun mengumumkan tujuh langkah intervensi segera oleh Kerajaan MADANI bagi membantu meringankan beban rakyat menjelang Syawal. […]

The post Anwar Dijangka Umum Lagi Berita Baik Untuk Rakyat Menjelang Aidilfitri appeared first on M-Update.

]]>
Foto Hiasan

M Update, 10/03/2026 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka akan mengumumkan beberapa lagi inisiatif atau berita baik kepada rakyat menjelang sambutan Aidilfitri.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, pada pagi semalam Perdana Menteri telah pun mengumumkan tujuh langkah intervensi segera oleh Kerajaan MADANI bagi membantu meringankan beban rakyat menjelang Syawal.

Antara inisiatif yang diumumkan termasuk pengkreditan awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang akan bermula hari ini, penyaluran Bantuan Khas Kewangan 2026 kepada penjawat awam, pesara serta veteran, selain peluasan Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara.

Selain itu, kerajaan turut memperluaskan inisiatif subsidi tiket penerbangan FlySiswa bagi memberi kemudahan kepada golongan pelajar.

Kenyataan itu disampaikan ketika taklimat Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Perdana Menteri dan Facebook PMO Malaysia pada Isnin.

Menurut Tunku Nashrul, pihak PMO berharap segala bantuan, inisiatif serta langkah yang diumumkan kerajaan dapat membantu meringankan beban rakyat, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup selain membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Kerajaan MADANI akan terus komited melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian utama, selaras dengan aspirasi untuk membangunkan sebuah negara yang lebih adil, makmur dan berperikemanusiaan.

The post Anwar Dijangka Umum Lagi Berita Baik Untuk Rakyat Menjelang Aidilfitri appeared first on M-Update.

]]>
Keputusan SPM 2025 Diumum 31 Mac Ini https://m-update.com/2026/03/09/keputusan-spm-2025-diumum-31-mac-ini/ Mon, 09 Mar 2026 02:03:38 +0000 https://m-update.com/?p=37084 M Update, 09/03/2026 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026. Seramai 413,299 calon telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2025 yang berlangsung di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara. Bagi calon sekolah, keputusan peperiksaan boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula jam […]

The post Keputusan SPM 2025 Diumum 31 Mac Ini appeared first on M-Update.

]]>
Foto Hiasan

M Update, 09/03/2026 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026.

Seramai 413,299 calon telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2025 yang berlangsung di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Bagi calon sekolah, keputusan peperiksaan boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

Sementara itu, calon persendirian boleh mendapatkan keputusan dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar untuk mengambil peperiksaan berkenaan.

Pihak sekolah juga diminta memastikan proses penyerahan keputusan kepada calon dilaksanakan dengan teratur, lancar dan berkesan.

Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian boleh menyemak keputusan melalui kaedah berikut:

1. Secara dalam talian
Semakan boleh dibuat melalui laman web myresultspm.moe.gov.my bagi mendapatkan slip keputusan SPM 2025 bermula 31 Mac 2026 (Selasa), jam 10.00 pagi hingga 6 April 2026 (Isnin), jam 6.00 petang.

2. Melalui sistem pesanan ringkas (SMS)
Calon boleh menaip:
SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran
dan hantar ke 15888 untuk mendapatkan ringkasan keputusan.
Perkhidmatan ini juga akan diaktifkan dari 31 Mac 2026 (10.00 pagi) hingga 6 April 2026 (6.00 petang).

KPM turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua calon SPM Tahun 2025 serta berharap kejayaan yang dicapai dapat menjadi dorongan untuk terus mencipta kecemerlangan pada masa hadapan.

The post Keputusan SPM 2025 Diumum 31 Mac Ini appeared first on M-Update.

]]>
Malaysia Aktifkan Pelan Evakuasi, Rakyat Diminta Segera Daftar Dengan Kedutaan https://m-update.com/2026/03/06/malaysia-aktifkan-pelan-evakuasi-rakyat-diminta-segera-daftar-dengan-kedutaan/ Fri, 06 Mar 2026 02:14:49 +0000 https://m-update.com/?p=37080 M Update, 06/03/2026 – Kementerian Luar sedang menyelaras usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas susulan penggantungan penerbangan serta penutupan ruang udara di beberapa negara akibat konflik di Asia Barat. Menurut kenyataan kementerian, proses evakuasi itu dilaksanakan dengan kerjasama Perwakilan Diplomatik Malaysia, kerajaan negara terlibat serta syarikat penerbangan berkaitan. Usaha berkenaan turut melibatkan rakyat Malaysia […]

The post Malaysia Aktifkan Pelan Evakuasi, Rakyat Diminta Segera Daftar Dengan Kedutaan appeared first on M-Update.

]]>
Foto Hiasan

M Update, 06/03/2026 – Kementerian Luar sedang menyelaras usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas susulan penggantungan penerbangan serta penutupan ruang udara di beberapa negara akibat konflik di Asia Barat.

Menurut kenyataan kementerian, proses evakuasi itu dilaksanakan dengan kerjasama Perwakilan Diplomatik Malaysia, kerajaan negara terlibat serta syarikat penerbangan berkaitan.

Usaha berkenaan turut melibatkan rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air berdasarkan pangkalan data rakyat Malaysia yang telah berdaftar.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia di kawasan terjejas diminta segera mendaftar atau mengemas kini maklumat perhubungan dengan Kedutaan Besar Malaysia atau perwakilan terdekat, atau melalui sistem e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my bagi memudahkan proses penyelarasan evakuasi.

Wisma Putra memaklumkan Perwakilan Diplomatik Malaysia di negara terjejas telah menghubungi rakyat Malaysia sejak awal konflik bagi menyalurkan bantuan konsular serta mendapatkan maklumat bagi tujuan perancangan kontingensi.

Rakyat Malaysia di kawasan terlibat turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, menjauhi kawasan operasi ketenteraan dan perhimpunan awam, serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke negara yang terjejas akibat konflik, termasuk bagi tujuan umrah atau ziarah.

Nasihat perjalanan itu akan terus berkuat kuasa sehingga dimaklumkan kelak, dan kementerian memohon kerjasama semua pihak termasuk agensi pelancongan.

The post Malaysia Aktifkan Pelan Evakuasi, Rakyat Diminta Segera Daftar Dengan Kedutaan appeared first on M-Update.

]]>
Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri https://m-update.com/2026/03/05/tengku-zafrul-dilantik-penasihat-kanan-politik-perdana-menteri/ Thu, 05 Mar 2026 02:15:02 +0000 https://m-update.com/?p=37076 M Update, 05/03/2026 – Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, berkuat kuasa hari ini. Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa pelantikan tersebut telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi tempoh dua tahun. Menurut kenyataan […]

The post Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri appeared first on M-Update.

]]>

M Update, 05/03/2026 – Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, berkuat kuasa hari ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa pelantikan tersebut telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi tempoh dua tahun.

Menurut kenyataan itu, pelantikan berkenaan dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.

Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar Tengku Zafrul dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya serta penuh tawaduk demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 3 Disember 2025 bagi tempoh dua tahun untuk memanfaatkan kepakarannya dalam memacu agenda pelaburan negara dan mengukuhkan daya saing ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) selama enam tahun, iaitu tempoh maksimum yang dibenarkan. Kerjayanya dalam pentadbiran kerajaan bermula apabila mengangkat sumpah sebagai Senator pada 10 Mac 2020 sebagai Menteri Kewangan, sebelum menyambung penggal kedua pada 3 Disember 2022 dan menamatkan perkhidmatan di Dewan Negara pada 2 Disember 2025.

The post Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri appeared first on M-Update.

]]>
https://m-update.com/2026/03/04/37068/ Wed, 04 Mar 2026 03:29:09 +0000 https://m-update.com/?p=37068 M Update, 04/03/2026 – Dua kakitangan Farm Fresh disahkan terlibat dalam nahas helikopter jenis Bell 505 yang terhempas di Barangay Quisao, Pililla, Rizal, Filipina pagi semalam. Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh, Azmi Zainal, ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. Menurut laporan media tempatan, insiden kira-kira jam 7.20 pagi itu mengorbankan dua individu dan mencederakan tiga […]

The post appeared first on M-Update.

]]>

M Update, 04/03/2026 – Dua kakitangan Farm Fresh disahkan terlibat dalam nahas helikopter jenis Bell 505 yang terhempas di Barangay Quisao, Pililla, Rizal, Filipina pagi semalam.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh, Azmi Zainal, ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. Menurut laporan media tempatan, insiden kira-kira jam 7.20 pagi itu mengorbankan dua individu dan mencederakan tiga yang lain.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) memaklumkan helikopter berkenaan membawa lima penumpang termasuk dua warga asing dan sedang dalam penerbangan dari Manila ke wilayah Quezon ketika terhempas.

Datuk Bandar Pililla, John Masinsin, berkata seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital. Laporan AFP menyebut salah seorang mangsa yang maut ialah rakyat Malaysia, manakala seorang lagi adalah warga Filipina.

The post appeared first on M-Update.

]]>